Beli buku Buat Duit Dengan Uber di Aeon Taman Equine

Saya ke Aeon Equine Park Bandar Putra Permai. Saja jalan-jalan kat situ lepas balik dari kenduri kahwin.

 

Sambil pusing-pusing kat dalam mall tu, saya ternampak kedai buku Popular.

 

Biasanya, kalau saya nampak kedai buku, memang saya akan singgah. Mungkin ramai yang masih belum tahu, saya ni memang bekerja dalam bidang penulisan.

 

Apabila kerja menulis ni, tempat paling best bagi saya dah tentu tempat-tempat yang jual buku dan juga perpustakaan. Sambil pusing-pusing dalam kedai buku tu, bolehlah saya dapatkan idea untuk hasilkan artikel untuk job saya.

 

Akhirnya saya ambil buku bertajuk “Buat duit dengan UBER – Panduan Menjana Pendapatan Dengan UBER“.

panduan-jana-pendapatan-dengan-uber

Buku ni murah je harganya. Harganya RM9.90 sahaja. Tak sampai pun RM10.

 

Buku ini bolehlah dijadikan rujukan awal bagi mereka yang nak buat duit dengan UBER tu.

 

Pergi je kat mana-mana kedai buku sama ada MPH, Popular, mesti anda akan jumpa buku ni. Kalau nak buat pembelian secara online pun boleh.

 

Ada laman web yang memang jual buku yang anda boleh tempah buku ni ya.

 

Beli dari laman web Bookcafe menerusi pautan ini: Klik sini untuk buat tempahan

 

Ataupun, kalau anda nak beli yang versi ebook juga boleh. Klik sini untuk beli dari Lazada. Untuk versi ebook ni kena baca secara digital sahaja.

 

Nanti, lepas dah habis baca buku ni, bolehlah daftar jadi pemandu UBER. Klik sini untuk daftar secara percuma.

 

 

 

 

 

 

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s